Sitegiant E-Commerce

Tuesday 9 December 2014

Mimpi Pelik

Tanggal 09 Disember 2014, pada malam tadi... saya digemparkan dengan deringan telefon bimbit pada jam lebih kurang 1:30am. Pada mulanya biarkan sahaja kerana badan terlalu letih & tidak larat untuk angkat panggilan tersebut. Jadi panggilan pertama tadi saya tidak angkat, lalu bunyi lagi untuk deringan kedua & lantas saya angkat nak tahu mengapa malam-2 call. Setelah angkat saya amat terkejut sekali. Berikut adalah perbualan di dalam telefon tersebut :

Saya : Hello, sape ni? Ada ape? Kenapa?
Panggilan : .....helo...ni Anip? Anip?
Saya : Ya ya, kenapa ni? ada masalah ape malam-2?
Panggilan : .....errr... ko nak batu ? batu nak ? alaa batu..
Saya : Terus bangkit dari tilam dan berkata ... ehh batu? batu ? batu ape ni? har?
Panggilan : Alahh, batu la..nak batu? Ice.....
Saya : hah? Ice?! eh tak nak la...xpe...xnak..okay
Panggilan : eleh xnak pulak...hehee...okay xpe..okay..

Panggilan pon tamat...beberapa minit sahaja... membuatkan saya terus bangkit tidak dapat tido lena pada malam tersebut. Ya tuhan, bayangkanlah tuan-2, panggilan tersebut adalah daripada malaikat maut. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana rasanya perasaan ketika itu.

Dengan kuasa tuhan, saya memang tidak pernah menyentuh batu seperti didalam perbualan tersebut. Saya amat kesal anak-2 muda sekarang jadi begitu. Ya tuhan bantulah aku dalam perniagaan yang aku bina ini. Perniagaan untuk membantu golongan yang susah, membantu golongan yg memerlukan bantuan daripadaku. Ya tuhan, aku berniaga bukanlah untuk dunia, bantulah aku berniaga utk dunia akhirat iaitu kedua-2 sekali. Ya tuhan bantu la aku...bantu la aku..mendapat rezeki yg diberkati...rezeki yg telah Halal...ya tuhan bantulah aku untuk membantu mereka diluar sana. Semoga aku dapat menjadi ketua yang bagus didunia ini & cemerlang di akhirat kelak....aminn...

Pada tuan-2 di luar sana, bangkitlah tuan-2. Dunia akan berakhir pada bila-2 masa....Kumpul dari sekarang bekalan kita di dunia kita yang selama-lamanya nanti iaitu di alam akhirat.

Semoga ada sedikit pengajaran untuk semua....wallahualam...Selamat menjalani hari anda dengan amal ibadah.

No comments:

Post a Comment