Sitegiant E-Commerce

Sunday 30 November 2014

BAGAIMANA NAK PILIH KAD KAHWIN PALING RINGKAS ABAD INI!

Kad kahwin adalah salah satu medium pemberitahuan kepada orang ramai. Di situlah tertera majlis, waktu, alamat dan paling penting siapa pengantinnya. Yelah, silap haribulan, tersalah pengantin pula nanti. Oleh itu para ratu sehari haruslah bijak dalam membuat pilihan kad kahwin anda bagi mengelakkan kekeliruan pada para jemputan.
Jadi untuk kali ini, admin nak kongsi bersama pembaca tersayang bagaimana untuk anda mendapatkan kad kahwin menarik tertarik dan ringkas. Susah juga kalau terdapat alamat berpusing pusing, pening kepala tetamu nak faham.

1) Tips paling penting, kepada pasangan di luar sana untuk memilih 'design' atau hiasan kad yang ringkas dan tidak serabut. Sebagai contoh adalah kad kahwin yang lebih menekankan maklumat dan hiasan kadnya pula sekadar ada supaya maklumat lebih mudah difahami dan tidak diserabutkan dengan corak/hiasan.
2) Seterusnya adalah dengan pengisian info penting, seperti tarikh, alamat, nombor telefon siapa yang patut dihubungi, dan semestinya nama pengantin. Cuba 'highlight' kan info yang penting bagi memudahkan tetamu untuk membaca dan mendapatkan info sekali pandang. Paling utama, alamat. Pastikan peta yang anda lukiskan untuk tetamu itu jelas. Seperti simpang dan lorong. Bukan apa, kerap juga admin dapat kad kahwin yang lukisan petanya, alahai pening kepala.
3) Pemilihan corak atau jenis kad, terpulang lah kepada individu di luar sana. Cuba luangkan masa dengan pasangan anda, duduk dan luahkan kreativiti yang ada ke atas kertas, dengan cara ni sedikit sebanyak anda dapat gambarkan macam mana end result kad anda nanti. Cuma admin nasihatkan jangan lah pula syok sendiri pula dalam penghiasan kad kahwin . Serabut sangat juga tak elok, sampai susah nak memahami info yang diberikan. Jangan khuatir, tidak semestinya yang ringkas itu kosong. Ringkas itu, adakalanya lebih cantik dan menarik dari yang 1001 corak berlingkar itu.
Ingat pesan admin.
Hiasan itu penting juga, tapi info lagi perlu diutamakan. 'Highlight' kan info penting agar memudahkan tetamu memahami info yang anda cuba sampaikan.
BARU LAH DESIGN KAD KAHWIN KITA NANTI RINGKAS!!
Selamat menghias kad kahwin! SELAMAT PENGANTIN BARU!

No comments:

Post a Comment